22 Julai 2022
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI PERAK 2021
Seramai dua orang kakitangan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak telah dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021. Turut diraikan penerima APC bagi tahun 2019 dan 2020 yang tidak dapat diadakan akibat pandemik Covid-19.
Majlis Anugerah tersebut telah dirasmikan dan disampaikan oleh YBhg. Tuan Mohd Asri bin Mohamad Ghazali, Pengarah/ Ketua Pendakwa Syarie JPSPK yang diadakan di Hotel Casuarina, Meru.
Tahniah kepada semua penerima dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah menjayakan Majlis ini.