15 Hingga 17 Mac 2022
BENGKEL PEMURNIAN MYPORTFOLIO ANJURAN JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI PERAK
Satu bengkel penyediaan Myportfolio telah diadakan selama 3 hari bertempat di Hotel Coral Bay Resort Pangkor Perak.
Seramai 48 orang peserta terdiri daripada Ketua Pendakwa Syarie Negeri-Negeri dan Pegawai-Pegawai Syariah dari Jabatan Pendakwaan Syariah Seluruh Malaysia. Puan Yanti Suzana binti Baharom dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan telah dijemput sebagai penceramah untuk mengajar dan membimbing sepanjang bengkel ini berlansung.
Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YDH. Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung.