• June

Perutusan Pengarah/

Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perak

 

     


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.

Terlebih dahulu saya mewakili seluruh warga kerja Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak (JPSPK) ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman sesawang rasmi jabatan ini.

Dalam merentasi perkembangan arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak selaku agensi agama peringkat Negeri Perak turut mengorak langkah memanfaatkan laman sesawang ini sebagai saluran interaktif dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Diharapkan agar maklumat yang dipaparkan dapat memberi gambaran sebenar kepada masyarakat mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab serta usaha– usaha JPSPK dalam memartabatkan pengurusan hal ehwal pendakwaan dan kehakiman yang berkaliber dan berdaya saing di negara ini khususnya di Negeri Perak.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penerbitan laman sesawang ini dan saya secara peribadi amat mengalu-alukan sebarang pandangan serta cadangan bagi menambahbaik laman sesawang ini.

Sekian, terima kasih.

YBhg. Tuan Mohd Asri Bin Mohamad Ghazali  PMP.,AMP.

Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie 

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak