21 sehingga 23 September 2022
Kursus Peningkatan Keupayaan Diri (Pengukuhan Pasukan) Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak bertempat di Ulu Village Camp Gopeng Perak yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan JPSPk.
Pelaksanaan kursus ini diharapkan dapat meningkatkan semangat kerja berpasukan dan kecergasan minda sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakan sekerja.