• June
RSS

LAWATAN KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK (PPANPk)

07 Oktober 2022

Bahagian Penyelidikan Perundangan Jabatan Pendakwaan Syariah Perak (JPSPk) telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak pada pagi ini. Lawatan ini telah diketuai oleh Tuan Mohammad Syamil Bin Azizan, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie JPSPk bersama sembilan (9) pegawai dan kakitangan yang lain.

Objektif utama lawatan ini adalah mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan untuk mewujudkan sebuah mini perpustakaan di dalam jabatan, mendapatkan kaedah terbaik mewujudkan sistem dan/atau pengkalan data bagi tujuan pendaftaran bahan rujukan, mempelajari kaedah pengelasan dan pengkatalogan bahan rujukan serta membuat tinjauan ringkas koleksi yang terdapat di perpustakaan PPANPk.

Hasil lawatan dan perbincangan bersama pihak PPANPk telah membuahkan hasil yang positif di mana pihak PPANPk telah bersetuju membantu secara langsung sehingga terlaksananya hasrat Jabatan untuk mewujudkan pengurusan sebuah mini perpustakaan yang sistematik.

LAWATAN KE PERB...
Detail Download
LAWATAN KE PERB...
Detail Download
LAWATAN KE PERB...
Detail Download
LAWATAN KE PERB...
Detail Download
 
 
Powered by Phoca Gallery