• June
RSS

Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi  atau Organisational

Anti - Corruption Plan (OACP) JPSPk 2022-2026

20 September 2022

PELANCARAN PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI (OACP) tahun 2022-2026

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak telah mengadakan Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi  atau Organisational Anti - Corruption Plan (OACP) JPSPk 2022-2026 bertempat di Dewan Tingkat 2, Menara SSI Soho 2. 

Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Jaafar bin Tajudin, Timbalan Pengarah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perak. Turut hadir, Encik Jacob Raju A/L Jayadurai, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Unit Integriti, Al- Fadhil Ustaz Mohd Haidi bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Majlis Agama Islam Perak dan Adat' Melayu Perak Darul Ridzuan serta Pegawai-Pegawai daripada SPRM Negeri Perak.

Pada majlis ini YBrs. Tuan Mohd Asri bin Ghazali, Pengarah/ Ketua Pendakwa Syarie turut menyampaikan Buku Pelan Antirasuah  2022- 2026 kepada semua jemputan. 

Majlis ini dilancarkan selaras  dengan Inisiatif 2.1.5 Pelan Antirasuah Nasional  2019 - 2023 di bawah strategi  kedua iaitu Memperkukuh Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan dengan mewajibkan sektor awam untuk membangunkan pelan antirasuah di peringkat organisasi masing-masing.

Semoga seluruh warga JPSPk dapat menghayati intipati Pelan Antirasuah Organisasi JPSPk dan menjadikan ianya sebagai  rujukan komprehensif dan inklusif.

Majlis Pelancar...
Detail Download
Majlis Pelancar...
Detail Download
Majlis Pelancar...
Detail Download
Majlis Pelancar...
Detail Download
Majlis Pelancar...
Detail Download
Majlis Pelancar...
Detail Download
Majlis Pelancar...
Detail Download
 
 
Powered by Phoca Gallery